
Melaka 01
Rumah Bandar 2 tingkat (tingkat bawah) mempunyai 3 bilik, 2 unit tandas, ruang tamu dan ruang dapur. Lengkap dengan kelengkapan memasak dan membasuh pakaian. Kemudahan untuk 1 unit parkir kenderaan.
Terletak di lokasi strategik di tengah Melaka berhampiran Lebuh SPA (Ayer Keroh-Sg.Udang) dan Lebuh AMJ (Alor Gajah-Bandar Melaka). Berada di kawasan kediaman bumiputera yang tenang dan damai.
Lokasi strategik, mudah untuk ke tempat- tempat pelancongan menarik dan kedai makan viral di Melaka. Tetamu mudah untuk mendapatkan barangan keperluan seperti kedai runcit, 99 speedmart, 7-Eleven dan banyak restoran/kedai makan dibuka pada waktu siang dan malam.
Maksimum tetamu ialah 8 orang.

Melaka 02
Rumah Teres 1 tingkat, 3 Bilik + Loteng (ruang atas di bilik tengah) + 2 Air-cond + 2 Tandas. Lengkap dengan kelengkapan memasak dan membasuh pakaian. Kemudahan parkir kenderaan di dalam dan di luar rumah. Kawasan kediaman bumiputera, damai dan tenang.
Lokasi yang strategik kerana berada di tengah-tengah, mudah akses dari tol Ayer Keroh dalam 15 minit dan Tol Simpang Ampat dalam 30 minit. Berhampiran Lebuh SPA ke Tol Ayer Keroh-Sg.Udang & Lebuh AMJ ke Alor Gajah-Bandar Melaka.
Berdekatan dengan tempat menarik dan kedai makan viral di Melaka. Kemudahan mendapatkan barangan keperluan, restoran, bank dan berdekatan Masjid Cina Melaka, Kompleks Sukan Hang Jebat, Pusat Akuatik dan Melaka Wonderland.
Maksimum tetamu ialah 12 orang.
Sekiranya membawa bersama ibu bapa atau anak-anak kecil.

Kedudukan rumah menghadap jalan raya, ruang parkir tidak mengganggu jiran.

Masakan Thai & Seafood
Masakan tempatan
Asam Pedas

Speed99
7 Eleven
Kedai runcit
Dobi 24 jam

TESCO
Mydin
Kota A Famosa
Melaka River Cruise
Mamee Jonker Walk
Menara Taming Sari

Zoo Melaka
Taman Rama-Rama
Taman Buaya
Melaka Wonderland

Pantai Klebang
Pantai Puteri
Ya. Deposit sebanyak RM100 diperlukan sebagai cagaran dan deposit anda akan dipulangkan dalam masa satu hari selepas waktu check out. Pihak Aiman Dhuha Homestay akan memastikan terlebih dahulu tiada sebarang kehilangan atau kerosakan alatan serta barang-barang di dalam homestay sebelum pemulangan deposit dilakukan.
Ya. Ada disediakan kelengkapan memasak yang cukup dan tersedia seperti periuk nasi, dapur gas dan periuk. Pihak Aiman Dhuha Homestay tidak menyediakan minyak, garam dan gula.
Kami menyediakan tuala mandi sebanyak 2 helai sahaja. Toileteries juga disediakan.
Homestay Melaka 1
Check in : 3 petang Check out : 1 tengahari
Homestay Melaka 2
Check in : 2 petang Check out : 12 tengahari
Ya, ada. Kami akan menyediakan resit rasmi dalam bentuk file pdf. Anda hendaklah mengisi butiran nama, alamat dan e-mail. Resit akan dihantar terus ke whatsapp dan e-mail.
Ya. Ada. Anda boleh hubungi dan berurusan terus dengan Pn. Azura 017-6293100 melalui whatsapp untuk diskusi.